“Alhamdulillahillazi ahyana ba’dama amatana wa ilaihinnusyur”
Subhanallah..jagaku dikejut sang bidadari…
Maha Suci Allah…pagi itu terasa begitu indah sekali..
Itulah pagi terindahku di muka bumi ini…
Dia masih di sisi..menungguku bangun menyambut seruan Ilahi…
Senyuman terindah ku hadiahkan padanya..
Walaupun hati kecilku malu dikejut seorang bergelar adik…
Dia insan berbeza..
Bukan ustazah mengajar agama..
Namun, hatiku terpaut pada peribadinya..
Insan ciptaan Allah…sungguh sempurna…
Jiwaku makin tenang…menghabiskan minit-minit waktu bersamanya..
Mendalami Al-Quran penyuluh jiwa…
Rinduku untuk terus bersamanya…
Membasahi bibir dengan ayat-ayat suci Al-Quran…
Cuti itu kurasakan terlalu lama…menunngu tibanya waktu bersama…
Kini..kami kembali bersama..
Mengikat janji kerana yang Esa…
Namun, muncul sahabat baru bersamanya..
Juga punya niat suci demi agama tercinta…
Ku merasakan kehilangan…hatiku menjerit pedih…air mataku mengalir..
“dia bukan milikku..dia hanya pinjaman Allah semata-mata”
Diriku mulai sedar...Agama Allah untuk semua..
Sahabat baru perlukannya...demi mencari kebenaran yang nyata..
demiMU ya Rabbi…demi agamaMu yang telus….kurelakan semua…
Subhanallah
ReplyDeleteWalhamdulillah
Walaailaahaillallah
ALLAHUAKBAR………
Tiada yang lebih nikmat, melainkan sisa baki umurku, kumohon ditetapkan bersama sejalanan berpimpinan, beriringan bersama sahabat- sahabat yang sungguh membahagiakan ini..!
Ya ALLAH, kumohon KAU janganlah berhenti mencintai mereka dan diriku… Janganlah KAU tarik hati- hati kami hingga berkecai sehingga tidak mampu kami memungutnya kembali, satu- persatu… untuk kembali padaMU…
Ya ALLAH… Kurayu… KAU jagailah kakakku yang menjaga aku ini… Dia… Sungguh istimewa Ya ALLAH… Kau menghantarnya padaku, memujukku kala kuresah, tenang di wajahnya, cahya sinar matanya, sudah cukup membahagiakan jiwaku! Ya ALLAH… Jagailah dia… Lindungilah dia… Selamatkanlah dia, setiap kelip mata dan degup nadinya… Dialah sahabat, dialah kakak, dialah hambaMU yang tawaddu’… Rendahnya hatinya kuterkesan! Izzahnya dia bila menuntut ilmu, kuterharu! Ingin kucontohi dia, dalam menjadi hambaMU yang berilmu dan beriman Ya ALLAH…….
Aku mohon Ya ALLAH… KAU pertemukanlah kami… di taman terindahMU… Benar, kami tidak layak, namun aku mohon, kerana aku sayang pada mereka, aku tak mampu menahan azabMU yang sungguh- sungguh sakit di sana… Aku ingin, bersama mereka, dalam satu liqa’, satu keluarga, yang kekal di sana… Kami minta Ya ALLAH……… Kami minta moga ukhwah hanya keranaMU ini kekal indah dan membahagiakan hingga syurga..!